Besarnya Bahaya Lisan dan Diam Adalah Lebih Utama
![]() |
| Besarnya Bahaya Lisan dan Diam Adalah Lebih Utama |
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang artinya: "Barangsiapa yang dapat mengendalikan lisannya, maka ia akan selamat." (H.R.At-Tirmidzi Hadis 2501, Ahmad Hadis 6481&6654, Al-Baihaqi Hadis 4983, Ad-Darimi Hadis 2713).
Sahabat Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Sayyidina Lukman Al-Hakim r.a. pernah berkata: 'Diam adalah kebijakan, tetapi sangat sedikit yang mengamalkannya.'
Ibnu Hibban r.a.meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad yang sahih bahawa Uqbah bin Amir r.a. pernah berkata: 'Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan keselamatan seseorang?' Kemudian Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang ertinya: "Kendalikan lisanmu, senangkan hatimu untuk tinggal di dalam rumah dan tangisilah segala dosa-dosamu." (H.R.At-Tirmidzi No 2406).
Sahal bin Sa'ad berkata bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Barangsiapa yang dapat menjaga lisan dan kemaluannya, maka aku jamin orang tersebut masuk Syurga." (H.R. Bukhari No 6474).
Baginda Nabi Muhammad SAW pernah ditanya: 'Apakah yang menyebabkan ramai manusia masuk ke dalam Syurga? '. Kemudian Beliau SAW bersabda:" Yang menyebabkan manusia masuk ke dalam Syurga adalah taqwa kepada Allah SWT dan budi pekerti yang baik".
Di kesempatan lain, Baginda SAW pernah di tanya:'Ya Rasulullah, apakah gerangan yang menyebabkan banyaknya manusia masuk ke dalam neraka?'. Beliau SAW bersabda: "Yang menyebabkan manusia masuk ke dalam neraka adalah mulut dan kemaluan". (H.R. At-Tirmidzi No 2005 & Ibnu Majah No 4246).
Sayyidina Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Sesungguhnya kebanyakan dosa yang dilakukan manusia adalah dari kejahatan lisannya." (H.R. At-Thabrani No 10446).
Dalam hadisnya yang lain, Baginda SAW bersabda: "Siapapun yang menjaga kejahatan lisannya, maka Allah SWT akan menutupi segala kekurangannya dan siapapun yang dapat menahan emosinya, maka Allah SWT akan menjauhkannya dari siksa-Nya dan siapapun yang selalu minta ampun kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan mengampuninya." (H.R.Ibnu Abiddunya Halaman 21).
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan beriman kepada hari akhir, maka ucapkanlah tutur kata yang baik atau kalau tidak sebaiknya diam." (H.R.Bukhari No 6475 & H.R.Muslim No 47).
*Semoga manfaat buat semua. Ilmu diambil dari kitab tulisan Al-Allamah Al-Murobbi Al-Habib Umar Ben Salim Ben Hafidz berjudul Bahaya Lisan. Semoga Allah SWT pelihara lisan kita dan menjadikan kita hamba yang sentiasa bertutur kata yang baik, hidup di dunia menjadi orang yang soleh, mati dalam husnul khotimah dan ditempatkan di Syurga-Nya.

